Sunday 26 June 2011

Rejab..

بسم الله الرحمن الرحيم

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah) 


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam

    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj

     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk

    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

"Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku, Ramadhan bulan Umatku"

بسم الله الرحمن الرحيم

Rejab kembali lagi dalam fasa ke 7 untuk  tahun 1432H ini. Diikuti bulan Syaabaan pada fasa ke 8 dan seterusnya Ramadhan pada fasa ke 9.Rutinya, kita sering disampaikan hadis Rasulullah "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku, Ramadhan bulan Umatku" sebagai motivasi untuk mempertingkatkan bekalan ibadah sepanjang 3 bulan mulia ini. 

Tetapi sejauh mana kefahaman kita tentang makna sebenar peningkatan ibadah dan kenapa peningkatan ibadah sangat-sangat di tekan pada ketiga-tiga bulan ini? Apa pula peristiwa disebaliknya? Kebiasaaanya, kita sering diceritakan tentang Israk Mikraj yang berlaku pada bulan Rejab, Nisfu Syaaban di bulan Syaaban dan juga sejarah penurunan Al Quran di bulan Ramadhan. Malah, ganjaran ibadah yang dijanjikan Allah untuk setiap ibadah yang dilakukan dalam ke tiga-tiga bulan ini juga berkali-kali ganda dari biasa.

Jadi, dikesempatan ini, marilah kita sama-sama  mencari jawapan dan mengupas erti sebenar disebalik sejarah yang pernah berlaku di tiga bulan mulia ini supaya setiap ibadah yang sudah dan bakal kita persembahkan berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar..sesuai dengan perintah Allah dari surah Al-Israa' iaitu;

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya". Surah Al-Israa', ayat 36.



Monday 16 May 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

'(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.'

Surah Al-Imran, Ayat 138

Alhamdulillah

Saturday 14 May 2011

6666??

بسم الله الرحمن الرحيم  

'Tak kenal maka tak cinta'

Seringkali kita menggunakan pepatah ini apabila kita menyukai & menyayangi sesuatu atau seseorang. Samalah juga situasinya bila mana kita mengakui sayangkan Al-Quran. 

Setiap individu yang mengakui sebagai Islam sedar akan kepentingan untuk menjaga & memelihara Al-Quran. Tapi adakah kita sedar apa Al-Quran itu sebenarnya. Adakah ianya sebuah kitab yang hanya menceritakan kisah-kisah nabi & hukum-hukum Allah. Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita tetapi ianyalah adalah kitab yang haq & perlukan perlaksanaan yang mana semua ayat-ayatnya adalah NYATA & RELEVAN sepanjang zaman.

Cerita tentang ayat-ayat Al-Quran, semua pasti tahu jumlah ayat yang terkandung dalam Al-Quran itu ada 6666 ayat. Betulkah?? Pernah kira sendiri atau tidak tiap-tiap butiran ayat-ayat Allah ini. Ok, mari kita betulkan  fakta ini ya.. Ayat Al-Quran itu ada 6236. Ada 4,780 ayat-ayat Makkiyah & ada 1,456 ayat-ayat Madiniyah. Tentu mustahil untuk mengira satu-persatu kalimah Allah ini. Hmm, senang saja..

Mari kita cuba..
  1. Ambil senaskah Al-quran terjemahan
  2. Buka mengikut surah-surah
  3. Rujuk jumlah ayat berdasarkan perkataan SURAT KE:
  4. Tambahkan setiap jumlah ayat pada setiap surah
Mudah bukan. Hendak seribu daya.

Kenapa mitos 6666 itu boleh wujud.. Mungkin untuk senang diingat, mudah disebut & sedap didengar. Yang pasti apa sahaja yang kita perselisihkan, perlu kembali pada Allah.

"Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman". Surah An-Nahl, ayat 64.

Selain jumlah ayat-ayat Al-Quran, apa lagi fizikal-fizikal Al-Quran yang kita perlu tahu?
1) Juzu' = 30 juzu'
2) Surah = 114 surah
3) Bahasa = Semua bahasa tapi diturunkan dgn bahasa Arab

Sekarang dah kenal fizikal2 Al-Quran, next entry akan mendalami isi2 Al-Quran pula. Kalau ada yang tertinggal, boleh tinggalkan komen di bawah.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari hamba-Nya.
Alhamdulillah.




Friday 22 April 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang. 
 
Dimulakan dengan Bismillah, inilah penghulu ayat Al-Quran. Ayat ringkas yang sering diaplikasi oleh segenap umat Islam di seantero dunia. Apa jua yang dilakukan diawali dengan Bismillah, dari hal yang sebesar-besarnya hinggalah hal yang sekecil-kecilnya. Permulaan majlis, presentation, peperiksaan, naik bot, naik roller coaster, akad nikah & yang tengah baca fikirlah sendiri : ) 

 Pasti anda pernah baca hadith ini kan?
 
كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله فهوأقطع
KULLU AMRIN DZIBALIN LA YUBDA' FIHI BI BISMILLAHI FAHUWA AQTA'
 Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulakan dengan Bismillah, pahala amalannya akan tertolak.

Rasulullah (saw) juga sangat-sangat mementingkan umatnya, untuk membaca “Bismillah”.

Dalam sedar atau tidak, Bismillah merupakan ayat pertama di dalam Al-Quran yang terkandung dalam surah Al-Fatihah. Jadi, kalau solat kita tidak disertakan dengan Bismillah maka batallah solat kita... 

Sebenarnya ayat ringkas ini besar maknanya. Seluas-luas alam semesta ciptaan Illahi, begitulah besarnya hikmah yang terkandung dalam Bismillah. Bismillah itu juga dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Pernah jumpa orang minum arak dimulakan dengan Bismillah, atau peragut beg yang paling cekap disekitar bandaraya kl ini memulakan operasinya dengan basmallah, atau bapa2 yang sudah tidak dapat mengekang nafsunya melempiaskan keinginan pada anak perempuannya melakukan perbuatan keji itu dengan basmallah. Tiada hal sebegitu..mengapa?? Kerana basmallah akan membatalkan niat kita untuk melakukan hal yang terlarang oleh Allah. Jelas, kalimah ini bisa mengharmonikan alam.

Jadi, jangan tinggalkan Bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi kita.. Amin..

Alhamdulillah